Sale!

Kit Berpantang New Born

RM251.00 RM226.00

Balm untuk bayi

Category:

Description

Kit Berpantang New Born ini sesuai untuk kegunaan bayi baru lahir.

Ini kerana balm rumusan dari bahan semula jadi Essential Oil ini telah di blend dengan Carrier Oil.

Ia membolehkan ibu terus menyapu ke kulit bayi cukup bulan (bukan prematured) tanpa rasa bimbang.

Sesuai dimiliki sebagai persediaan ibu berpantang dengan mudah dan tenang.

 

Kit ini terdiri daripada 5 jenis balm dari Tasneem Naturel.

 

1. Balm Calm (Calm Time)

Calm Time berfungsi untuk memberi rasa dan bau yang selesa kepada bayi new born, dan juga anak kecil anda.

Antara bahan yang terdapat dalam calm balm ini adalah lavender, bergamot, frankinsense, mandarin, geranium,orange, roman chamomile dan marjoram.

Umum mengetahui, bau lavendar bisa memberikan rasa tenang.

Balm ini diharapkan membantu anak kecil anda menjadi lebih tenang dan ceria.

Ibu bapa hanya perlu sapu balm Calm Time ini di tapak kaki, nadi, belakang telinga, dan tulang belakang.

– Memberikan keselesaan – Mengurangkan tekanan – Mengurangkan keletihan – Bantu anak lebih tenang

Tips dan penggunaan untuk bayi New Born:

Untuk meransang rasa tenang supaya lebih selesa tidur setelah cukup minum susu. Sapu selepas mandi. Ibu juga boleh mengurut perlahan (massage) bayi untuk ransangan awal.

 

2. Balm Untuk Perut (T-Rub)

 

Balm T-Rub sesuai untuk sapuan di perut.

Ibu-ibu pasti akan teruja setiap kali mengurut dan menyapu balm ini ke perut bayi.

Sapuan balm diharapkan membantu melegakan perut kembung, sembelit dan membuang angin berlebihan.

T-Rub mengandungi Essential oil Fennel, Ginger, Tangerine, Lemongrass, junipers, wild mint, lavendar, patchouli dan Anise sebagai bahan utama dalam pembuatan balm ini.

Ibu bapa boleh sapukan balm ini di tapak kaki dan perut.

Untuk sapuan di bahagian perut, ibu bapa disarankan supaya membuat urutan seperti urutan ‘I Love You’ bagi memastikan si manja anda lebih selesa.

– Membuang angin dalam perut – Bantu melegakan perut sebu – Bantu melegakan kembung perut

Tips dan penggunaan untuk bayi New Born:

Sapu balm di perut setelah mandi. Sapuan di belakang betis juga diharapkan membantu. Sentiasa pastikan bayi sendawa setelah selesai menyusu juga membantu bayi lebih selesa, dan menjauhkan dari tersedak susu. Ibu boleh penepuk-nepuk belakang bayi sambil memegang perutnya bagi membantu proses untuk mudah sendawa.

 

3. Balm untuk batuk dan selsema (CF-Rub)

CF-RUB digunakan bagi membantu ibu bapa yang berhadapan dengan masalah anak batuk dan selsema.

Bahan-bahan Essential oil seperti eucalyptus oil, cypress, tea tree, sweet orange dan lemon diharapkan membantu melegakan pernafasan, mengurangkan batuk dan mencairkan kahak serta mengurangkan suhu anak-anak.

Cara guna yang sangat mudah, ibu bapa hanya perlu sapu balm ini di tapak kaki, dada, tekak dan tulang belakang.

– Bantu kurangkan selesema – Bantu cairkan kahak – Bantu kurangkan suhu ketika demam

Tips dan penggunaan untuk bayi New Born:

Bayi New Born sangat mudah dijangkiti selsema dan mungkin jika berlarutan akan menyebabkan batuk (disebabkan kahak dari selsema tadi). Ibu boleh menyimpan balm CF-Rub ini sebagai first aid kit bayi new born untuk digunakan ketika bayi tidak selesa akibat selsema dan suhu yang tinggi ketika demam.  Ibu juga boleh baringkan bayi dalam keadaan mengiring supaya mereka lebih selesa. Selain sapuan balm ini ketika demam untuk membantu, ibu juga perlu sentiasa membasahkan kepala, pelipat di kaki tangan dan ketiak bayi (menjelum) bagi menurunkan suhu badan bayi. Kerap menyusu susu ibu dan rapat dengan bayi juga sangat membantu.

 

4. Balm Kulit (Skeenz)

Balm skeenz ini dirumus khas untuk kulit bayi. Diharapkan dapat mengurangkan masalah kulit sensitif, gatal-gatal dan ekzema.

Terdapat ramuan  Essential oil seperti olus oil, beeswax, shea butter, octyldodecanal, Vitamin E, Argan oil, blackcurrant oil, sunflower seed oil, balloon plant dan rosemary.

– masalah kulit sensitif – ruam ringan dan gatal-gatal – ekzema

Tips dan penggunaan untuk bayi New Born:

Kulit bayi new born sangat sensitif. Jadi ada pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kulit mereka menjadi merah-merah, melecet dan sebagainya. Ibu boleh sapu nipis balm ini pada bahagian kulit yang sensitif dan merah. Pastikan ibu juga memakaikan baju yang nipis pada bayi new born ketika musim panas. Lap dengan kering setelah mandi di semua bahagian terutamanya di bahagian pelipat tangan, kaki, leher dan belakang telinga bayi. 

 

5. Balm Tidur Lena (Sleep Time)

Prihatin terhadap masalah yang sering membelenggu ibu-ibu yang berhadapan dengan masalah anak sukar tidur dan aktif pada waktu malam, Tasneem Naturel telah merumus khas balm Sleep Time yang berfungsi untuk membantu anak supaya mudah lena dan bangun dalam mood yang ceria.
Pati-pati tumbuhan Essential oil seperti Cedarwood, Vetiver, Roman Chamomile, marjoram, orange, bergamot, lavendar dan Ylang-ylang akan membantu anak-anak untuk mendapat tidur yang berkualiti.
Cara guna balm ini juga cukup mudah.
Ibu bapa hanya perlu sapu di tapak kaki, tulang belakang, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan selepas mandi.
Balm ini berfungsi untuk seimbangkan hormon tidur dan sedar bayi berusia 6 bulan dan ke atas.
– Bantu anak tidur lena – Bantu anak supaya mudah tidur – Bantu anak bangun dalam mood ceria – Memberi tidur berkualiti

 

Tips dan penggunaan untuk bayi New Born:

Bayi new born lebih memerlukan calm balm berbanding sleep balm kerana kebiasaannya bayi baru lahir tiada masalah tidur lena yang ketara jika mereka cukup minum susu, bersih dan selesa dari sudut cuaca dan perut (jika tiada masalah kesihatan). Balm ini boleh dicuba bersama balm calm time untuk tidur bayi yang lebih lena apabila perlu.

 

**Packaging mungkin berubah bergantung kepada stok semasa

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kit Berpantang New Born”

Your email address will not be published. Required fields are marked *