Rasa Bersalah Kerana Marah Anak, Ibu Ayah Boleh Lakukan Ini


Bila tiba cuti sekolah, kita dengar ramai ibu-ibu yang sampai dah jadi ‘hulk’ 😣

Hingga ada sahabat yang bertanya Fiza macam mana nak buat. 

Sedihkan sebab asyik terlajak marah anak melebih-lebih dan terlalu ikut emosi, padahal kadang perkara kecil je pun.

Ia normal sebab ibu letih dan tidak cukup rehat. Bila cukup rehat pula, kadang ‘expectation’ kita terlalu tinggi. Itu yang buat kita ‘stress’ dengan tingkahlaku anak kecil kita.

Kasihan mereka. 

Tahukah ibu-ibu, anak belajar ‘respond’ dengan cara bagaimana kita ‘react’ dengan tingkahlaku mereka.

Fiza sendiri bukan maksum. Selalu sangat buat silap. Bila dah tersilap, apa yang perlu kita buat?

Ini yang guru Fiza ajar,

GANTIKAN 1 KESILAPAN DENGAN 5 KEBAIKAN.

Contoh, jika kita termarahkan anak atas hal-hal kecil seperti anak tertumpahkan air. 

(sepatutnya kita beritahu mereka, its ok. Jika tumpah, ambil tisu/kain lap. Ummi tak marah. Lap saja. Selesai)

Tapi apa yang terjadi?

‘First respond’ tindakan ‘refleks’, kita marah. 

Laaa tumpah lagi! Tak reti minum elok2 ke? Yang itu pun nak kena ajar. Letihlah ibu macam ni.

Degupan jantung anak akan jadi laju bila dimarah. Degupan ini ‘create memory’. Ingat, anggota badan anak juga merakam. 

Sebab itu kadangkala kita hairan, macam mana kita boleh ada trigger jika terjadi sesuatu. Asyik nak marah atau sedih bila ada sesuatu berlaku. Macam pernah berlaku. Tapi tak ingatlah kan.

Rupanya mungkin dahulu masa kita kecil, ibu ayah atau mak cik jiran sebelah rumah ‘melayan’ dan menunjukkan tauladan yang tidak baik kepada kita.

Kita tidak ingat, tapi anggota badan kita ingat!

Jadi, kaunter semula emosi anak dengan 5 kebaikan jika dah terlajak ikut emosi tadi.

Contoh kebaikan yang boleh kita buat seperti;

1. Peluk anak dan minta maaf.
2. Luangkan masa beraktiviti bersama
3. Makan aiskrim atau apa2 kesukaan anak
4. Melukis bersama
5. Bawa ke taman mainan

Fiza Rafi
Anak-anak tak selamanya kecil, hargai saat indah bersama.

Sekejap sahaja anak dah ke sekolah semula. Dah tebus ke kesilapan ibu-ibu cuti sekolah tempohari?

Write a good one. You can do it 
😉


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *