LAYAN DAN DIDIK ANAK MENGIKUT KECERDASANNYA

KITA FAHAM TAPI KADANG BUAT TAK FAHAM

Harini ada kenduri kesyukuran di rumah tok sedara si abang. Macam biasa. Ummi berangan nak keluar pukul 10 pagi kunonnya untuk tolong-tolong masak #namapunberanganbukantarget 😅😅

Sementara ummi siapkan kerja, beri syarat pada si abang. Rumah dah kemas baru boleh keluar. Arahan diperincikan. Simpan mainan dulu, lepas tu buang sampah (tisu yang si kakak main).

Dia punya thinking ekstrovert tu, belum apa-apa dah emm eh ooo umm sebab nampak ummi kembali ambil baby dan duduk di meja kerja, tak kemas sama-sama 🙄. Baik, nak galakkan lagi. Tanya abang nak makan apa? Kek. Zass zass ummi pergi buat kek cheese cowboy untuk dia.

Dah kek pula menggodanya, jadi tak gerak kemas lagi sampai kesudah sebab teringin nak makan kek😤😂. Baik, bagi rasa secamca dua. Ingatkan bersemangat, dah dia salahkan si kakak tak tolong dia pula. Masih tak gerak 🤦.

Ummi biar je dia melayan perasaan nak lagi kek tu tapi tak dapat. Sampai si abang dah tertidur baru rasa nak kesian😢. Walhal kalau ummi luangkan masa SEKEJAP je LAYAN si ekstrovert kemas sama-sama, ia akan jadi lebih mudah. Ummi hanya tak nak lahirkan anak lelaki yang tak nak buat kerja rumah bila besar nanti 😩😭.

ummisayangiku.com

Jadi trigger di sini, kita bertindak mendidik begitu sebab mungkin kita ada kisah masa lampau yang tidak ingin ia berlaku lagi. Namun kesilapannya di sini, dah tahu fitrahnya ekstrovert mahu dibantu, digalakkan dan sama-sama buat tetapi kita berkeras nak anak selesaikan sendiri 😔

Kesimpulannya, kenali anak kita dan layan dan galakkan dia sesuai dengan dirinya. Bukannya didik mereka dengan cara kita dahulunya dididik kerana setiap anak berbeza walaupun keluar dari rahim yang sama. Zaman pun berbeza kannn.

Fiza Rafi
Maafkan.
Ummi yang masih belajar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *