KENALI ANAK DAN PASANGAN MELALUI 5 TANGKI EMOSI

Gambar sumber google

 

SERIUS SIAPA PERNAH JUMPA MACAM NI??

Indahnya ciptaan Allah.

1. PERKATAAN BAIK
Kadang kita lihat orang itu asyik nak dipuji baru kerjanya jalan. Namun orang ini pula boleh buat kerja tanpa pujian lebih-lebih. 🤓

2. SENTUHAN SELAMAT
Kadang kita nampak anak ini tak perlu banyak pelukan, tapi anak itu pula asyik mahu dipeluk seperti kita dah lama tak peluknya. 🤗
.
3. MATERIAL BERSESUAIAN
Boleh jadi kita jumpa pasangan ini yang tak kisah pun bertahun-tahun tak dapat hadiah, tapi pasangan lain sebulan sekali dapat hadiah pun menangis terharu macam tak pernah dapat 😅
.
4. LAYANAN BAIK
Selalu kita letih anak ini asyik nak kita tolongnya, sebaliknya anak itu boleh saja berdikari malah tak bagi kita tolongnya langsung. 🙄
.
5. MASA BERKUALITI
Ada juga anak yang buat perangai dan mudah merajuk kerana merasakan kita tidak pedulikannya, padahal sepanjang pagi kita luangkan masa dengannya. Ada juga anak yang tiada masalah walaupun kita hanya luangkan masa hanya 10 minit untuknya.🤔
.


Jumpa tak?
.
Sebenarnya setiap orang (anak dan pasangan) perlukan perhatian dan kasih sayang yang berbeza mengikut individu.
.
Kesemua di atas mewakili 5 tangki emosi yang harus dipenuhi. Cuma bezanya, ada yang cepat penuh yang itu namun cepat kurang yang ini.
.
Cuba renungkan. Anda yang mana?😊
.
Fiza Rafi
Penuhkan kesemuanya😍
.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *