RAMAI IBU BAPA TERLEPAS PANDANG 5 PERKARA PENTING INI

Anak sulung juga perlu perhatian. Penuhkan tangki emosinya jika kita tidak mahu dia dengki dengan adik adiknya bila dah besar nanti. Pagi tadi, si abang bangun tidur terus bersila terpaku depan ummi. Seolah nak cakap sesuatu yang tidak terluahkan.

Lihat mukanya, tetiba rasa tersentap bila teringat dah lama tak peluk si abang betul betul. Yelah. Anak sulung yang tengah diajar erti hidup kononnya kan. Ummi asyik sibuk ‘betulkan’ sikapnya saja. Walhal kebanyakan sikap itu masih boleh tolerate 😩

Terus ucap tahniah, abang bangun elok alhamdulillah (walaupun sedia tahu, sekarang abang dah tak buat perangai bila bangun pagi. Dah besar kan ). Ummi peluk dan kucup dia. Confirm hati berbunga bunga💕

Bila sambung duduk nak mulakan kerja, abang datang berdiri tepi. Pasti nak tagih perhatian lagi. Teringat kelmarin asyik marahkan dia, sebab tak tolong jaga adik ketika ummi sedang sibuk. Malah mengusik pula. Ummi bertukar macam hulk yang mulutnya berpeluru tembak bertubi tubi menegur😣🤐.

Sepatutnya ummi faham, pasti itu isyarat si abang dah kurang perhatian kan. Sebab dia dah mula ‘cari pasal’.

Baik. Ummi lalu cepat cepat pangku abang. Tanya dia. Abang nak jadi macam baby? Diam. Terus ummi baringkan dan lagak dodoikan dan sayang dia macam baby. Abang mula tersenyum dan mengekek. Alhamdulillah.

Ummi terangkan pada abang, ummi riba abang sorang sorang macam ni lebih lama dari adik adik. Macam biasa sesi soal jawab pun bermula. Selagi tak puas hati selagi itulah dia takkan berhenti bertanya 😅.

Maafkan ummi jika tangki emosi selalu tidak penuh. Tahu ia penting, tapi asyik lupa. Ummi kena buat sesuatu ni!

5 TANDA KITA DAH MULA ABAIKAN ANAK SULUNG.

1. Kita dah kurang puji tindakan atau usaha anak yang positif. Tidak lagi meyakinkan dia dengan Self Affirmation seperti Abang boleh, abang berani, abang rajin, abang sabar dengan adik adik.

2. Kita dah kurang luangkan masa dengannya. Kita juga tidak bercakap sambil memandang matanya. Lebih banyak beri arahan sambil buat kerja, sambil tengok phone. Abang pergi mandi. Abang dah jangan tengok TV lagi. Abang tolong ambil itu ini. Lepas tu marahkan anak tak dengar betul-betul 😌

3. Kita tidak lagi mengucup dan memeluknya. Tidak lagi duduk dekat dengannya. Sehingga sampai tahap, anak buat aktivitinya di tepi lalu dia tersentuh kita yang sedang sibuk, kita marahkannya. Abang jangan kacau. Abang pergi main sana. Ishk rimaslah 😭

4. Kita juga sudah mula rasakan hadiah tidak lagi penting untuknya. Abang dah besar kan. Abang patut faham ummi tak cukup duit. Abang nak apa lagi ni? Asyik nak itu ini. Asyik beli beli beli🙄

5. Dan yang paling ketara, kita tidak lagi menolongnya dalam perkara yang kita rasakan dia dah boleh buat sendiri. Kita tidak lagi pakaikan seluarnya bila ke tandas awam, tidak lagi bantu dia basuh tangan, tidak lagi menggosok badannya dengan sabun. Abang boleh buat sendiri kan? Abang dah besar. Janganlah manja sangat. Macam mana nak jaga adik adik kalau abang sendiri tak mahu buat sendiri semua ni 🤦.

Perlu ke semua ni?

Ya. Kesemua tangki words of affirmation, quality time,physical touch, receiving gifts, act of service perlu dipenuhi untuk develop seorang abang yang prihatin, penyayang, tidak marah marah, confident dan berkepimpinan. .

Well, tak pandai nak explain. Monkey see monkey do. Nak anak layan mak ayah dan orang sekeliling bagaimana?

#selfreminder😭

Fiza Rafi
Saya ummi baru belajar

Gambar: raya lepas. Abang tengah pujuk si kakak. Kakak pertama kali pakai tudung 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *