KEK BUAT MAK DI HARI LAHIRKU

Lebih kurang seminggu sebelum 13 Julai 1985, mak terlibat dengan kemalangan. Kereta yang dipandu terbalik dengan kedudukan tayar di atas dan bumbung di bawah. Bayi di dalam perut mak tika itu baru menjengah 7 bulan usia kandungan. Dikandung dengan susah payah menghadapi ujian hidup baru mendirikan rumahtangga.
Mana tidaknya, anak sulung pada ketika itu baru berusia 1 tahun 3 bulan. Setiap pagi pula terpaksa berulang sejauh lebih kurang 60km untuk ke tempat kerja. Emosi tidak stabil. Cuba bayangkan ke tempat kerja pada tahun 1985 infrastruktur dan pengangkutan awamnya bagaimana.

Menangis menahan teksi yang tidak mahu berhenti bila terlepas bas. Dengan perut yang semakin membesar, menangis lagi di dalam hati bila punch card pula merah setiap hari. Nak balik kerja pula? Hanya tawakal kepadaNya menjadi peneman ketika itu.

Allah Maha Mengetahui. Mungkin tidak mahu mak lebih susah, bayi dalam kandungannya keluar awal. Pra matang. Tidak sampai 2kg. Lahir di kampung.

Ditepinya diletakkan botol suam panas yang dibalut dengan kain sebesar botol kicap. Ia memberikan kehangatan dan keselesaan kepada bayi tersebut. Badannya pula setiap hari dilumur minyak dan tidak dimandikan selama lebih kurang sebulan.

Kisah ini diceritakan semula bila si bayi dah mula menginjak usia kanak-kanak. Ia memberikan keazaman kepada anak itu untuk menjadi anak yang solehah setiap hari.

Walaupun kadangkala tindakannya yang masih kecil itu seringkali disalah anggap. Rupanya ia anak Intuiting introvert (dalam stifin) dan maknya berdarah sensing (kecerdasan anak menakluk darah maknya kot😂)

Alhamdulillah, kelmarin anak itu telahpun berusia 33 tahun. Semakin bertambah usia, mungkin semakin banyak dosa, hutang, kekhilafan kepada maknya samada secara sedar atau pun tidak 😭

Hari ini. Terus ke kedai, belikan kek untuk sendiri. Hajat dihati mahu pilih sendiri. Namun bila tiba di kedai, bayi yang dibawa bersama si anak tadi tertidur pula. Makanya tuan kedai yang baik hati tolong pilihkan.

Lalu, bila ditanya mahu tulis apa di atas kek? Hatinya tersentap. Selama 32 tahun sebelum ini, mungkin tidak pernah terlintas untuk berterima kasih kepada mak yang telah melahirkan dengan susah payah 😭

Maka hari ini, anakmu ‘menyambut’ hari lahirnya dengan mengingatimu dan bersyukur kepadaNya. Terima kasih mak! 😭😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *